CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, December 7, 2009

CINTA DALAM HATI NAN INDAH

karya nadia

keliru,resah,benci dan marah
kini bergabung menjadi Satu
tapi semuanya terhakis dek rasa cinta

bayangan mu sering menghantuiku
membelenggu setiap mlmku
aku menjadi resah gelisah
tatkala kau hadir dalam dunia khayalanku

wahai sang pujangga
kau memberi sinar baru dalam hidupku
walaupun hanya bayangan mu mendampingiku
tapi hatiku sentiasa berbunga indah

setiap saat nafasku
hanya bayanganmu di benakku
aku sering tercari-cari
adakah kau wujud di dunia realitiku

owh,rakan-rakanku
bantulah aku bangkit semula
kerana DIA hanya dusta
sentiasa bermain penuh curiga

dulu,kini dan selamanya
kau bukan milikku
kerana kau telah dimilikki oleh seorang insan bernama KEKASIH

kini aku menjadi keliru
kau hadir didalam mimpiku
hanya seketika cuma
untuk apakah semua itu

resah pula menghantuiku
adakah kerana kau telah dimiliki
atau kerana aku membenci

Benci dan benci
Marah mendampingi
Kerana apa aku membenci
Dan untuk apa aku memarahi

Semua itu bukan silapnya
Kerana semuanya hadir tanpa dijangka
Seperti satu mimpi hadirnya

KELIRU,RESAH,BENCI DAN MARAH
Kini bergabung didalam benakku
Tp terselit 1 pemanis
Iaitu rasa kasih dan cinta

Biarlah aku menyimpan semuanya
Untuk menjaga hati kamu dan dia
Kerana hadirku tanpa disangka
CINTA DALAM HATI penyelesaiannya

“TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADAKU WALAU HANYA SEKETIKA”

No comments:

Post a Comment